Senarai Hokage
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Hokage (
火影;
"Bayang Pawaka") adalah gelaran yang diberikan kepada ketua ninja di kampung
Konoha. Secara amnya, mereka adalah ninja terhebat di kampung mereka; walaupun kebiasaannya penerapan ideologi, sumbangan-sumbangan dan penglibatan mereka terhadap Konoha menjadi faktor yang menyumbang kepada pemilihan mereka sebagai Hokage.
Setakat ini sudah terdapat lima ninja yang telah dilantik sebagai Hokage di Konoha.
Setelah dilantik menjadi Hokage, mereka akan ditempatkan di sebuah bangunan bernama
Pejabat Hokage; di mana di bahagian belakang bangunan tersebut terdapatnya sebuah
Monumen Hokage iaitu bongkah gunung yang telah diukir dengan wajah-wajah Hokage. Pada permulaan siri ini, hanya terdapat empat wajah Hokage sahaja. Akan tetapi, sejak permulaan bahagian kedua ke semua wajah Hokage telah siap diukir pada permukaan gunung tersebut.
[sunting] Hokage Pertama
Harashima selaku Hokage Pertama
Hashirama Senju (
千手柱間,
"Senju Hashirama"), atau
Shodai Hokage (
初代火影) atau
"Hokage Pertama" adalah pengasas kepada kampung Konoha, abang kepada
Tobirama Senju atau
Nidaime atau
"Hokage Kedua", datuk kepada
Tsunade atau
Godaime dan
Nawaki.
Harashima amat terkenal dengan kebolehannya untuk menggunakan teknik
Mokuton (
木遁,
"Gaya Lepas Sifat Kayu"), satu kebolehan
Kekkei Genkai yang menggabung dua teknik iaitu
Doton (
土遁,
"Gaya Lepas Sifat Tanah") dan
Suiton (
水遁,
"Gaya Lepas Sifat Air") bagi menghasilkan"kayu".
[sunting] Latar belakang
Harashima sebenarnya adalah ketua kepada
Senju Ichizoku (
千手一族,
"Klan Senju"), yang merupakan sebuah kuasa tentera upahan dan klan ini juga merupakan salah satu di antara dua klan terkuat yang wujud ketika berlakunya
Perang Dunia Ninja Pertama; menjadi pesaing utama kepada
Uchiha Ichizoku (
うちは一族,
"Klan Uchiha") yang diketuai oleh
Madara Uchiha. Persaingan di antara kedua-dua klan ini sangat hebat sehinggakan apabila sesuatu pihak mengupah klan Senju, maka satu pihak lagi akan mengupah klan Uchiha dan begitulah sebaliknya. Setelah muak terlibat dengan kancah peperangan, klan Senju mengemukakan satu perjanjian damai kepada puak Uchiha. Kedua-dua klan tersebut kemudiannya bersatu menjadi sebuah kuasa ninja terkuat yang tergolong dalam senarai
Lima Kuasa Ninja Terbesar dan kesatuan mereka itu digelar
Konohagakure.
Logo klan Senju
Tidak berapa lama kemudian, Madara telah meninggalkan Konoha atas alasan perbalahan yang berlaku berkaitan dengan polisi dan perundangan di Konoha. Madara tidak mendapat sokongan daripada klannya sendiri (pada asalnya Madara tidak setuju dengan perjanjian damai tersebut) dan semua ahli klannya menggelar Madara sebagai "raksasa" kerana tindakannya mengambil mata
Sharingan milik adiknya sebagai suatu tindakan mementingkan diri. Konflik ini bertambah runcing dan kemudiannya mencetuskan kepada pertarungan di antara Harashima dan Madara yang berlaku di
Lembah Penamat, di mana Harashima muncul sebagai pemenang. Untuk memperingati pertarungan tersebut, dua buah tugu gergasi berupa Harashima dan Madara telah dibina berdekatan dengan kawasan air terjun di situ.
Shodaime kemudiannya telah berjaya mengawal beberapa
biju yang mana kemudiannya telah diagih-agihkan kepada beberapa perkampungan ninja sebagai tanda perdamaian dan bertujuan untuk mengimbangi kuasa ketenteraan di antara mereka. Ketika Harashima menjadi Hokage, dia telah mengalahkan
Kakuzu setelah mendapat arahan daripada
Takigakure untuk membunuhnya. Bagaimanapun, peperangan tetap berlangsung, apabila mengenangkan nasib yang bakal menimpa Konoha, Shodaime dan Nidaime pun mula melatih
Hiruzen Sarutobi (
猿飛ヒルゼン,
"Sarutobi Hiruzen") yang bakal menjadi
Sandaime (
三代目火影,
"Hokage Ketiga") kelak. Setelah mengasaskan Konoha, Harashima telah mati ketika terlibat dalam satu pertarungan dan telah menyerahkan jawatan Hokage kepada Tobirama.
Harashima mempunyai karekter yang tenang, baik hati, penyayang dan mempunyai rasa kesetiaan yang tinggi. Dia menganggap ke semua penduduk di Konoha sebagai sebahagian daripada dirinya dan legasi dirinya menjadi asas kepada keperibadian semua ninja Konoha. Dia juga digambarkan sebagai seorang yang pintar dan berpandangan jauh, ini digambarkan dengan usahanya untuk melatih Hiruzen. Dia adalah orang pertama yang percaya bahawa semua ninja daun harus menunjukkan kesetiaan kepada satu sama lain dan kage seharusnya bersedia untuk menggadaikan nyawanya untuk menjaga keamanan kampung agar menjadi teladan kepada semua penduduk.
[sunting] Bahagian I: Babak Penaklukan Konoha
Hokage Pertama dan adiknya; Hokage Kedua telah "dihidupkan" semula oleh
Orochimaru menggunakan
Kuchiyose: Edo Tensei (
口寄せ・穢土転生,
"Seruan: Teknik Hidup semula") bagi digunakan ketika cuba menangani Hokage Ketiga sewaktu percubaan untuk menakluk Konoha bersama ninja-ninja dari
Sunagakure dan
Otogakure. Harashima berasa sedih kerana terpaksa berlawan dengan muridnya namun Orochimaru telah menggunakan satu teknik kuncian untuk menghilang memorinya secara paksa. Ketika pertarungan berlangsung, Harashima menunjukkan kerjasama yang erat dengan adiknya; Hokage Kedua dan telah memaksa Hokage Ketiga untuk menyeru
Enma untuk membantunya. Hokage Pertama telah menunjukkan kehebatan teknik Mokuton dan
taijutsu yang dimiliknya. Kemudiannya, roh dan jiwanya telah dikurung oleh Hokage Ketiga ke dalam perut "Dewa Maut", bersama dengan roh dan jiwa adiknya; Hokage Kedua. Sebelum kesemua roh dan jiwanya disedut masuk ke dalam perut "Dewa Maut", dia telah meminta maaf kepada bekas anak muridnya di atas semua masalah yang telah ditimbulkan.
[sunting] Bahagian II: Babak Sasuke dan Sai
Telah didedahkan bahawa Orochimaru telah melakukan satu eksperimen yang melibatkan DNA Hokage Pertama; di mana dia telah mengimplan DNA tersebut ke dalam badan 60 orang subjek ujian. Orochimaru cuba menguasai teknik istimewa Hokage Pertama iaitu Mokuton dan juga kebolehannya untuk mengawal biju. Proses ini kemudiannya menghasilkan
Tenzo (kemudiannya diberikan nama samaran
Yamato). Akan tetapi, Orochimaru telah kehilangan rekod ujian tersebut dan tidak mengetahui bahawa seorang daripada subjek-subjek ujian tersebut telah terselamat.
Hashirama telah dinobatkan oleh Madara dan beberapa ninja
Jounin dari Konoha sebagai seorang ninja terhebat ketika zamannya (walaupun bukan yang terhebat di dalam sejarah). Setiap ninja Konoha dan termasuklah Madara dan klannya sangat menghormati Hokage Pertama (ini adalah kerana hanya Madara dan klannya mampu menandingi kehebatan Hokage Pertama).
Kehebatannya terbukti apabila dia berjaya menewaskan Madara dan juga
Kyubi (yang berada di bawah pengaruh Madara ketika itu) dalam beberapa siri pertarungan. Ini dianggap sangat menakjubkan kerana Madara merupakan pengguna
Eternal Mangekyou Sharingan, sejenis bentuk sempurna
Mangekyou Shraingan. Hanya dengan dapat menewaskan Kyubi sahaja sudah cukup memadai digelar seorang ninja "hebat" kerana Hokage Keempat telah terkorban ketika cuba menewaskan Kyubi. Bagaimanapun, sebenarnya kebolehan Hokage Pertama menggunakan
mokuton membolehkannya mengawal Kyubi sebagaimana Madara namun bukan dari segi mengalahkannya. Hokage Pertama juga pernah menewaskan
Kakuzu suatu ketika dahulu. Ketika mayatnya diseru oleh Orochimaru untuk digunakan bagi melawan Hokage Ketiga, dia telah menunjukkan skil di dalam ke semua aspek tempur bagi ninja. Sebagai contoh, dia mampu menggunakan taijutsu sekuat Hokage Ketiga (Hokage Ketiga adalah pakar taijutsu) dan dia juga mampu menggunakan
genjutsu yang kuat sehinggakan tidak mampu dielakkan oleh Hokage Ketiga (Hokage Ketiga juga adalah pakar genjutsu). Imbasan kembali ketika pertarungannya dengan Madara menunjukkan dia juga mampu menggunakan teknik seruan dan pengguna senjata yang hebat; mampu menyeru pelbagai senjata menggunakan skrol.
Hokage Pertama terkenal kerana kebolehan menggabungkan teknik
doton (tanah) dan teknik
suiton (air) bagi menghasilkan perubahan baru yang dinamakan
mokuton bagi menghasilkan "kayu". Hokage Pertama menukarkan chakranya kepada "sumber nyawa" dan membolehkannya mencipta pokok yang mampu tumbuh dengan kadar saiz yang besar, memanipulasikannya kepada pelbagai bentuk dan menggunakannya ketika bertempur. Ada yang mengatakan bahawa kebolehannya tersebut telah digunakan untuk mencipta landskap dan asas kepada pembentukan kampung Konoha. Kebolehan tersebut nyata suatu yang unik kepada dirinya kerana adiknya; Hokage Kedua dan cucunya; Tsunade tidak memiliki kebolehan yang sama walaupun mempunyai kebolehan memanipulasikan chakra pada peringkat yang tinggi.
Hanya
Yamato, satu-satunya bahan "eksperimen" yang terselamat memiliki kebolehan unik ini setelah disatukan dengan gen Hokage Pertama dalam satu ujikaji yang dilakukan oleh Orochimaru. Yamato menyatakan bahawa penggunaan teknik tersebut hanya pada tahap sederhana jika dibandingkan dengan kebolehan asal Hokage Pertama. Bagaimanapun, Yamato dilihat mampu menggunakan teknik asas air dan tanah dengan baik sekali. Keupayaan Hokage Pertama yang sangat dikagumi oleh Orochimaru adalah keupayaannya mengawal kuasa nyawa dan kuasa semulajadi di persekitarannya. Melalui kebolehan ini, ia membolehkan Hokage Pertama mempengaruhi makhluk yang dicipta daripada kuasa semulajadi seperti
biju dengan mengawal dan menekan kuasa chakra biju-biju tersebut. Menurut Madara, suautu ketika dahulu Hokage Pertama memiliki beberapa biju di bawah kawalannya yang mana kemudiannya diserahkan kepada beberapa kampung ninja besar untuk mengimbangi kuasa di antara mereka. Kebolehan dan kuasa mengawal biju ini ditingkatkan lagi dengan bantuan oleh sebentuk rantai yang diperbuat daripada kristal yang mengandungi chakra, namun bagaimana ia berfungsi tidak diketahui.
Hokage Pertama juga diketahui mempunyai pengetahuan dan kemahiran menggunakan skrol dan diketahui menggunakan banyak jutsu-jutsu yang mana ia mungkin telah dikongsikan kepada Hokage Ketiga.
- Rantai yang asalnya dipakai oleh Tsunade kemudian diberikan kepada Naruto, sebenarnya milik asal Hokage Pertama.
- Walaupun diketahui Hokage Pertama memiliki kebolehan dalam penggunaan teknik mokuton, tetapi dia lebih banyak dan suka menggunakan teknik taijutsu ketika bertarung dengan Hokage Ketiga.
- Dikatakan bahawa kebolehan Hokage Pertama untuk mengawal biju adalah diinspirasikan oleh kebolehan Madara untuk mengawal Kyubi di mana ia dianggap sebagai penyekat kepada kebolehan Madara tersebut.
[sunting] Hokage Kedua
Tobirama selaku Hokage Kedua
Tobirama Senju (
千手扉間,
"Senju Tobirama") juga digelar sebagai
Hokage Kedua (
二代目火影,
"Nidaime Hokage") atau "Bayang Pawaka Kedua". Dia merupakan adik bongsu kepada Harashima atau "Hokage Pertama", nmerupakan datuk saudara kepada
Tsunade dan
Nawaki. Seperti abangnya, dia juga merupakan sebahagian daripada anggota klan
Senju Ichizoku (
千手一族, "Klan Senju"). Selain itu, Tobirama juga pernah menjadi guru dan ketua pasukan kepada
Pasukan Tobirama yang telah dibubarkan. Tobirama sangat terkenal dengan kebolehannya untuk menggunakan teknik
Suiton (
水遁,
"Gaya Lepas Sifat Air") berperingkat tinggi tanpa perlu berada di tempat yang berhampiran dengan sumber air.
[sunting] Latar belakang
Tobirama merupakan adik kepada Harashima dan merupakan salah seorang ahli klan
Senju Ichizoku. 80 tahun sebelum bermulanya era masa kini, dunia sedang bergolak dengan perang dan klan ninja tidak lain hanya berfungsi sebagai suatu kuasa askar atau pembunuh upahan. Oleh kerana abangnya, klan Senju seringkali diupah untuk melakukan sesuatu tugas dan ini menyebabkan pihak mush mengupah satu lagi klan iaitu
Uchiha Ichizoku (
うちは一族, "Klan Uchiha") selaku pesaing mereka. Namun begitu, Harashima akhir berpendapat bahawa peperangan adalah tidak menguntungkan dan telah membuat satu perjanjian damai dengan Klan Uchiha. Walaupun
Madara Uchiha menyetujui perkara tersebut, namun atas desakan seluruh ahli klannya membuatkan dia terpaksa akur dalam tidak rela.
Persekutuan di antara Klan Senju dan Klan Uchiha membuat pakatan dengan ketua feudal di
Negara Api dan Tobirama bersama abangnya; Harashima dan Madara telah mengasaskan
Konohagakure. Mereka telah mencadangkan dan membantu agar setiap negara memiliki kampung ninja mereka sendiri dan ini mengakibatkan banyak klan-klan kecil yang lain bergabung membentuk suatu pakatan. Perkara ini telah mengakibatkan peperangan berkurangan dan akhirnya tamat. Namun, keupayaan kuasa ketenteraan setiap dari mereka masih dikekalkan melalui pembentukan lima negara ninja terbesar selepas tamatnya peperangan dunia ninja pertama. Namun begitu, amsih terdapat sedikit pertelingkahan dalaman di antara Klan Senju dan Klan Uchiha. Selepas pertarungan di antara Harashima dan Madara, penduduk Konoha beranggapan bahawa semua ini berpunca daripada Klan Uchiha yang cuba memberontak. Namun begitu, Harashima tidak memperdulikan semua yang diberitakan kepadanya.
Di ketika inilah juga, Tobirama telah membentuk pasukannya sendiri iaitu
Pasukan Tobirama yang terdiri daripada
Hiruzen Sarutobi yang bakal menjadi Hokage Ketiga,
Homura Mitokado dan
Koharu Utatane yang kemudiannya menjadi dua orang penasihat khas di dalam kounsil di Konoha.
Peperangan kadangkala masih berlaku dan memikirkan perkara ini masih berlanjutan, Harashima telah menyerahkan gelaran Hokage kepada Tobirama yang kemudiannya digelar Hokage Kedua (Tobirama kemudiannya menyerahkan gelaran tersebut kepada anak muridnya; Hiruzen Sarutobi untuk menjadi Hokage Ketiga) .
Setelah menjadi Hokage, Tobirama telah menyerahkan satu jawatan khas kepada Klan Uchiha sebagai tanda kepercayaannya. Tobirama menyerahkan kuasa mentadbir
Pasukan Polis Konoha. Bagaimanapun, (menurut Madara) ini adalah bertujuan untuk menutup tujuan sebenar yang mahukan klan Uchiha menjauhi urusan pentadbiran di Konoha dan meletakkan mereka di bawah pengawasan yang ketat melalui unit ANBU.
Seperti abangnya, Tobirama juga seorang yang setia kepada Konoha dan percaya dengan kuat kepada keamanan. Dia kemudiannya telah mengorbankan diri di dalam peperangan dan menyerahkan gelaran Hokage kepada murid kesayangannya iaitu Hiruzen Sarutobi.
[sunting] Babak penaklukan Konoha
Tobirama dan abangnya; Harashima telah "dihidupkan" semula oleh
Orochimaru menggunakan
Kuchiyose: Edo Tensei (
口寄せ・穢土転生,
"Seruan: Teknik Hidup semula") bagi digunakan ketika cuba menangani Hokage Ketiga sewaktu percubaan untuk menakluk Konoha bersama ninja-ninja dari
Sunagakure dan
Otogakure. Sama seperti abangnya, dia turut berasa sedih kerana terpaksa berlawan dengan muridnya namun Orochimaru telah menggunakan satu teknik kuncian untuk menghilang memori mereka secara paksaan. Ketika pertarungan berlangsung, Tobirama menunjukkan kerjasama yang erat dengan abangnya; Hokage Pertama dan telah memaksa Hokage Ketiga untuk menyeru
Enma untuk membantunya. Hokage Kedua telah menunjukkan kehebatan teknik Suiton dan
taijutsu yang dimiliknya. Kemudiannya, roh dan jiwanya telah dikurung oleh Hokage Ketiga ke dalam perut "Dewa Maut", bersama dengan roh dan jiwa abangnya; Hokage Pertama. Sebelum ke semua roh dan jiwanya disedut masuk ke dalam perut "Dewa Maut", dia telah meminta maaf kepada bekas anak muridnya di atas semua masalah yang telah ditimbulkan.
[sunting] Babak sampingan animasi
Ketika siri animasi sampingan
Negara Teh disiarkan (Tea country filler arc), telah dinyatakan oleh seorang bekas ninja Jonin Konoha iaitu
Rokusho Aoi bahawa Tobirama memiliki sebilah pedang tenaga yang boleh dimasukkan dengan sesuka hati ke dalam hulunya dipanggil
Pedang Dewa Petir (
雷神の剣,
"Raijin no Ken") atau "Pedang Raijin".
Anak murid Aoi,
Morino Idate mencuri pedang tersebut dan menyerahkan pedang itu kepada Aoi dengan harapan dia dapat menjadi seorang
Chunin. Aoi mendakwa bahawa pengguna "Pedang Raijin" adalah kebal dalam mana-mana pertarungan. Naum, ia telah dibuktikan salah apabila pedang tersebut boleh dipatahkan dan dimusnahkan seperti pedang yang biasa seperti yang ditunjukkan dalam bahagian akhir babak sampingan siri animasi tersebut akibat serangan
Rasengan dan
Chidori yang masing-masing dilakukan oleh
Naruto dan
Sasuke.
Hokage Kedua amat dikenali kerana kebolehannya menggunakan teknik
Suiton iaitu Teknik Gaya Lepas Sifat Air dan mampu menghasilkan pelbagai jutsu hebat tanpa memerlukan dirinya berada berdekatan dengan sebarang sumber air. Namun begitu, terdapat spekulasi yang mengatakan bahawa Hokage Kedua mengumpulkan wap-wap air disekitarnya bagi menjana ke semua teknik yang digunakan. Mesti diambil eprhatian bahawa sekiranya ini merupakan suatu yang benar, maka ia melibatkan suatu kawasan yang besar bagi menyerap wap-wap air tersebut sekiranya ingin menghasilkan air yang banyak. Jika ini berlaku, ia boleh dianggap suautu keupayaan yang hebat sama seperti menghasilkan sumber air daripada ketiadaan.
Kebolehannya dalam menggunakan teknik Suiton di peringkat yang tinggi diperhebatkan lagi dengan kebolehannya untuk menggunakan teknik tersebut tanpa perlu mengunakan tanda ikatan tangan yang kompleks. Contohnya;
Gaya Lepas Sifat Air: Letupan Naga Air secara umumnya memerlukan sebanyak 42 kombinasi tanda ikatan tangan (kombiansi terbanyak pernah dilihat dalam siri Naruto), namun Tobirama hanya memerlukan hanya satu bentuk ikatan tangan sahaja untuk emnghasilkan teknik yang sama.
Ketika pertarungan dengan Hokage Ketiga, Tobirama juga memperlihatkan kehebatannya dalam pertempuran jarak dekat seperti
Taijutsu dan
Genjutsu (animasi sahaja) dan berpasangan dengan serasi bersama abangnya; Hokage Pertama. Di dalam babak animasi ketika pertarungan bersama Hokage Ketiga, Tobiraam telah menunjukkan keupayaannya untuk memanipulasikan air bagi menghasilkan letupan air dan serangan air yang berbentuk "sesungut" untuk menjatuhkan pihak lawan.
- Tobirama adalah adik kepada Hokage Pertama,mengajar Hokage Ketiga dan merupakan datuk saudara kepada TSunade (Hokage Kelima) dan adiknya Nawaki.
[sunting] Hokage Ketiga
Sarutobi selaku Hokage Ketiga
Hiruzen Sarutobi (
猿飛ヒルゼン,
"Sarutobi Hiruzen") adalah
Hokage Ketiga (
三代目火影,
"Sandaime Hokage") yang juga dikenali sebagai "Bayang Pawaka Ketiga". Nama beliau diambil bersempena nama Sarutobi Sasuke yang bermaksud "melompat seperti monyet" dan ini diperkuatkan lagi dengan keboelhannya untuk menyeru Raja Monyet
Enma. Hokage Pertama juga turut menggelarkan Sarutobi sebagai "Monkey" (
サル, Saru). Pada asalnya, Masashi Kishimoto ingin mengaitkan Sarutobi dengan tema "anjing" tetapi dia melihat idea tersebut sebagai suatu yang "pelik". Kebanyakkan aspek dan karakteristik yang dimiliki Sarutobi diambil daripada dongeng China "Pengembaraan ke Barat". Raja Monyet Enma yang diseru olehnya juga memiliki banyak persamaan dengan Sun Wu Kong (Raja Monyet) dan senjata yang digunakan oleh Sarutobi juga seakan-akan senjata yang dimiliki oleh raja monyet tersebut iaitu sebatang tongkat sakti.
[sunting] Hokage Keempat
Minato selaku Hokage Keempat
Nama sebenar beliau ialah Namikaze Minato atau dikenali sebagai Yondaime. Isteri beliau ialah Uzumaki Kushina.Juga dikenali sebagai 'Kilat Kuning Konoha'(konoha yellow flash).Kerana mampu pergi ke mena dengan sekelip mata Beliau ialah seorang ninja yang amat berani dan telah mengurung Kyubbi dalam
Naruto. Beliau dikatakan ialah ninja terhandal yang pernah dilahirkan oleh Konoha dan negara Api. Sebelum mengurung Kyubi dalam tubuh Naruto, Yang Keempat mengatakan bahawa dia tidak mahu Naruto dilihat sebagai bekas menyimpan semangat Kyubi, tetapi sebagai wira yang menyelamatkan Konoha daripada kemusnahan. Permintaan ini tidak dikabulkan oleh penduduk kampung. Beliau merupakan anak murid kepada
Jiraiya dan guru kepada
Hatake Kakashi,
Uchiha Obito dan
Rin.
Yondaime mempunyai banyak ciri yang sama dengan Naruto. Mereka berdua memiliki rambut berwarna kuning dan kumpulan darah yang sama (B). Ini kerana Minato sebenarnya adalah ayah kepada Naruto bersama isterinya yang berasal dari negara perolakan (Uzumaki Kushina)tetapi personalitinya jauh berbeza daripada Naruto. Beliau seorang yang tenang dan tegas seperti yang di katakan oleh gurunya Jiraiya. Naruto lebih menyerupai sifat ibunya manakala rupanya lebih kepada ayahnya.
Uchiha Itachi pernah menggelar Naruto sebagai 'peninggalan' Yondaime. Tambahan pula, sebelum Jiraiya menolak Naruto ke dalam gaung supaya Naruto boleh menyeru kuasa Kyubi, Jiraiya berkata, "Harap maaf, Yang Keempat." Setakat ini, nama sebenar, sejarah hidup dan hubungan kekeluargaan dengan mana-mana watak tidak didedahkan.
Yondaime telah mencipta beberapa teknik yang hebat seperti '
Hiraishin no Jutsu, 飛雷神の術' (Jurus Dewa Guruh Terbang) dan '
Rasengan'. Jurus terakhir tersebut sebenarnya belum lengkap; Yondaime berhajat untuk menggabungkan jurus ini dengan elemen chakranya tetapi tidak sempat kerana telah terkorban setelah mengurung Kyubi dengan
Shiki Fuujin
[sunting] Hokage Kelima
Tsunade - Hokage Kelima
Tsunade ialah bekas pelajar kepada Hokage Ketiga. Tsunade dan bekas rakan sepasukannya, Jiraiya dan Orochimaru dikenali sebagai 'Tiga Lagenda' (Tensai Sannin). Gelaran 'puteri' selalu digunakan bersama dengan nama Tsunade kerana dia merupakan cucu kepada Hokage Pertama.
Salah satu harta milik Tsunade yang bernilai ialah rantai yang dahulunya dipunyai oleh datuk Tsunade. Rantai tersebut dikatakan cukup mahal untuk membeli tiga buah gunung. Pada hari jadi adiknya, Nawaki yang kedua belas, Tsunade menghadiahkan rantai tersebut kepadanya dengan harapan Nawaki akan berjaya meraih nama Hokage. Keesokan harinya, Nawaki terkorban dalam satu pertarungan dan rantai tersebut pulang ke pangkuan Tsunade. Beberapa ketika kemudian, Tsunade jatuh cinta akan seorang lelaki bernama Dan yang juga bercita-cita untuk menjadi seorang Hokage. Sebagai tanda sokongan dan cintanya kepada Dan, Tsunade menghadiahkan rantai milik darwah datuknya kepada Dan. Tetapi, Dan juga terkorban dalam peperangan dan sekali lagi memulangkan rantai tersebut kepada Tsunade.
Kematian Nawaki dan Dan meninggalkan impak yang sangat besar kepada Tsunade; kematian Dan dan kegagalan Tsunade untuk menyelamatkan nyawanya menyebabkan Tsunade menghidap hemofobia (takut akan darah). Orang ramai juga mula mempercayai bahawa sesiapa yang memiliki rantai Tsunade akan menemui maut dan dianggap telah disumpah. Maka, Tsunade turut hilang kepercayaan terhadap gelaran Hokage dan menganggap hanya si bodoh sahaja yang mahukan nama tersebut. Tsunade kemudiannya meninggalkan Konoha bersama-sama dengan anak saudara Dan, Shizune.
Tsunade memiliki kekuatan yang luar biasa. Kebolehan ini ialah hasil daya mengawal chakra Tsunade yang amat tinggi. Dengan mengumpul dan melepaskan chakra sebaik sahaja menyentuh sesuatu objek, dia boleh meningkatkan kekuatan fizikalnya sehingga mampu memecahkan batuan besar. Dia juga merupakan ninja perubatan yang mahir dan dapat merawat kecederaan parah yang selalunya akan membawa maut kepada mangsa. Tsunade telah mencipta 'Sōzō Saisei,
創造再生' (Kelahiran Semula Genesis), satu teknik yang membolehkan Tsunade menjana dan memulihkan semua luka pada penggunanya dengan membebaskan chakra yang dikumpulkan dalam tanda pada dahinya. Tetapi, jurus ini akan memendekkan jangka hayat Tsunade menyebabkan jurus ini hanya digunakan pada saat-saat kecemasan.
Walaupun dalam usia 100an, jurus 'Henge no Jutsu,
変化の術' (Teknik Peniruan) yang digunakan oleh Tsunade menyebabkannya kelihatan berumur di sekitar 20 tahun. Transformasi ini agak berbeza dengan transformasi biasa kerana perubahan fizikal pada Tsunade nampaknya kekal dan tidak dibengkalai apabila Tsunade dicederakan dalam pertarungan. Tsunade juga adalah seorang kaki judi yang selalu bernasib buruk. Maka, dia juga digelar 'Lagenda Kaki Judi Teruk' kerana keuntungan bersih yang diraih oleh pemain lawan. Apabila Tsunade benar-benar bernasib baik, dia melihat perkara tersebut sebagai alamat yang tidak baik. Biasanya, perkara yang tidak baik akan berlaku selepas itu. Simbol pada baju di bahagian belakang bermaksud judi (
賭) memandangkan Tsunade suka berjudi pada masa lapangnya.